Posts

Showing posts from January, 2016

2016 dream

Masa saya kecil dulu, impian saya nak jadi cikgu. Puncanya mudah aje. Sebab mak saya cikgu, dan kebanyakan saudara-mara saya memegang gelaran cikgu/ustazah/pensyarah. Dan sebab di sekolah, cikgu macam satu entiti yang saya pandang tinggi. Ada beberapa cikgu yang membentuk persepsi saya tentang cikgu yang sangat baik, dan ada juga cikgu yang buat saya tak mahu jadi cikgu. Bila saya masuk kolej matrikulasi, minat saya nak jadi cikgu bertambah lagi-lagi untuk subjek bahasa Inggeris. Beruntunglah saya, di sekolah menengah dulu cikgu saya walaupun garangnya sampai terasa lagi pukulan dia bila saya buat salah, tapi itulah yang buat saya bersemangat dan suka masuk kelas dia. Lagi-lagi bila dia kata, bila dia bercakap dalam kelas, dia tak rasa yang lain faham atau minat dengan apa yang dia katakan. Kesian cikgu saya. Ha, bila sampai kolej, saya lagi tambah beruntung sebab pensyarah saya masa tu, Teacher Rose, sangat pandai menarik minat kami yang belajar dalam kelas dia. Dan saya dapat Band