Posts

Showing posts from October, 2018

CERITA MALAM - Redivider

Image
Helo semua! Redivider ni cerita genre sci-fi, pasal sorang laki ni nama dia Porter. Dia juruterbang dan jugak ahli fizik. Pernah kerja kat NASA lepas tu sekarang ada satu syarikat swasta ni nak rekrut dia. Nama syarikat tu Alterplex Energy, syarikat tenaga swasta. Masa tu tenaga boleh baharu macam solar pun tak boleh nak tampung penggunaan tenaga yang naik mendadak. Jadi, diorang terpaksa cari jalan lain nak bekalkan tenaga kat satu dunia. Cara dia, salin dunia sekarang dan buat satu dunia gema (echo) yang dianggap kosong jadi diorang boleh guna jirim daripada dunia gema tu untuk dijadikan tenaga bersih. Ada satu kumpulan aktivis ni kata, tak baik la buat macam tu. Jadi diorang kata, kalau ada benda tak elok je jadi diorang akan sedaya upaya nak berhentikan operasi Alterplex tu. Pastu, projek tu mula. Alterplex hidupkan menara tenaga diorang sedut tenaga daripada dunia gema tu. Tiba-tiba, ada benda dari dunia gema tu masuk dunia asal melalui portal kat menara tenaga tu. Jatuh