2016 dream
Masa saya kecil dulu, impian saya nak jadi cikgu. Puncanya mudah aje. Sebab mak saya cikgu, dan kebanyakan saudara-mara saya memegang gelaran cikgu/ustazah/pensyarah. Dan sebab di sekolah, cikgu macam satu entiti yang saya pandang tinggi. Ada beberapa cikgu yang membentuk persepsi saya tentang cikgu yang sangat baik, dan ada juga cikgu yang buat saya tak mahu jadi cikgu.
Bila saya masuk kolej matrikulasi, minat saya nak jadi cikgu bertambah lagi-lagi untuk subjek bahasa Inggeris. Beruntunglah saya, di sekolah menengah dulu cikgu saya walaupun garangnya sampai terasa lagi pukulan dia bila saya buat salah, tapi itulah yang buat saya bersemangat dan suka masuk kelas dia. Lagi-lagi bila dia kata, bila dia bercakap dalam kelas, dia tak rasa yang lain faham atau minat dengan apa yang dia katakan. Kesian cikgu saya. Ha, bila sampai kolej, saya lagi tambah beruntung sebab pensyarah saya masa tu, Teacher Rose, sangat pandai menarik minat kami yang belajar dalam kelas dia. Dan saya dapat Band 4 untuk ujian MUET.
Cuba mohon Medsi, tapi tak bernasib baik tak dapat tawaran untuk sambung pengajian ke maktab perguruan. Sedih. Tapi nak buat macam mana. Nasib baik dapat tawaran sambung belajar di Sabah, jadi ke Sabah lah saya.
Tapi, hari ni, saya tak mau lagi jadi cikgu. Saya ada impian baru. Saya nak jadi penulis. Gunakan otak saya dan tulis benda-benda yang memantapkan minda orang yang membaca walaupun topiknya kecil, macam adab masuk ke rumah orang. Harap-harapnya semangat ini bukan semangat tahi ayam.
How I wish one day I would walk by and see someone holding a book with my name written there as the author. Oh, what a fine day that would be. Amin ya rabbal alamin.
#dreamtobeawriter
#needsinspiration
#lovesadventure
Comments