CERITA MALAM - Redivider


Helo semua!

Redivider ni cerita genre sci-fi, pasal sorang laki ni nama dia Porter. Dia juruterbang dan jugak ahli fizik. Pernah kerja kat NASA lepas tu sekarang ada satu syarikat swasta ni nak rekrut dia. Nama syarikat tu Alterplex Energy, syarikat tenaga swasta. Masa tu tenaga boleh baharu macam solar pun tak boleh nak tampung penggunaan tenaga yang naik mendadak. Jadi, diorang terpaksa cari jalan lain nak bekalkan tenaga kat satu dunia.

Cara dia, salin dunia sekarang dan buat satu dunia gema (echo) yang dianggap kosong jadi diorang boleh guna jirim daripada dunia gema tu untuk dijadikan tenaga bersih.

Ada satu kumpulan aktivis ni kata, tak baik la buat macam tu. Jadi diorang kata, kalau ada benda tak elok je jadi diorang akan sedaya upaya nak berhentikan operasi Alterplex tu.

Pastu, projek tu mula. Alterplex hidupkan menara tenaga diorang sedut tenaga daripada dunia gema tu. Tiba-tiba, ada benda dari dunia gema tu masuk dunia asal melalui portal kat menara tenaga tu. Jatuh la bot, keretapi, macam-macam. Porter macam pelik mula-mula sebab masa dia mula terbangun daripada pod tempat dia masuk, tulisan kat situ semua terbalik. Rupanya dia kat dunia gema.

Tugas dia kena masukkan satu kotak ni, untuk asingkan balik dunia asal dengan dunia gema sebab dua dunia ni tak boleh terima pertukaran jirim macam tu. Dia macam kena stabilkan balik. Contohnya, kalau bot ditarik keluar dari dunia gema, nanti ada jisim yang sama dengan bot tu ditarik keluar dari dunia asal.

Jadi, Porter masukkan jugak kotak redivider tu untuk putuskan sambungan dua dunia ni. Dia terkorban kat dunia gema, so waris dia tinggal kat dunia asal terima berita dia mati je la.

Kesian la jugak. Tapi, tu la jangan buat benda yang tak diketahui kesan dia terutamanya yang impak dia besar sangat macam tu. Kan dah matii.. -_-'


Anyway, yang berminat nak tengok cerita ni ada kat Fox Movies, Astro.

Comments

Popular posts from this blog

Aunt's note: 8th May 2023

A little note.