Zimbabwe ke Malaysia
Assalamualaikum semua.
Teringin pulak nak tulis dalam bahasa melayu, jadi hambik ni :)
Kalau korang rajin semak timeline kat facebook ke, twitter ke, atau website berita, korang akan perasan yang jenayah makin banyak jadi kat Malaysia ni. Dari jenayah kecik-kecik macam curi duit sampai jenayah besar macam tanam orang guna simen dalam tong deram. Tak tau sama ada peratusan jenayah sama macam dulu cumanya wartawan sekarang lagi peka dan cuba muatkan sebanyak mungkin jenayah dalam suratkhabar. Yang jelasnya, jenayah makin sadis. Dari tembak orang dalam bank, ke letupkan orang, ke tanam dalam tong deram, jelas sangat yang banyak penjahat zaman sekarang ni dah tak pengecut macam dulu. Pengutip sedekah sekalipun ada orang nak gunakan jadi pencuri duit sebab kita ni baik-baik, mudah kesian dekat orang susah walaupun hakikatnya kat Malaysia ni, ramai orang yang susah termasuklah kita, cumanya kita bernasib baik sikit aje.
Nak tau macam mana ekonomi boleh dikaitkan dengan jenayah? Ha, ni nak cerita sikit. Masa zaman kemiskinan dekat Amerika dulu, semua orang takde duit, takde makanan sebab takde kerja. Tapi masa zaman ni, yang jadi kaya ialah penjahat. Sebab? Dia curi duit. Bila orang taknak bagi, dia rompak bank. Tak pun, dia jual arak. Jual dadah. Jual senjata. Sebab tu kaya. Sebab apa buat macam tu, terdesak. Anak isteri nak makan. Orang yang bukan orang jahat pun masa tu, terpaksa buat jahat, terpaksa jadi jahat dan buat benda yang diorang sendiri tak suka, sebab nak dapatkan makanan, duit, baju untuk keluarga. Kenapa Amerika nampak maju sekarang tapi penjenayah tetap banyak? Sebab kemajuan tu ilusi. Kemajuan tu hanya menguntungkan beberapa pihak aje. Orang yang kaya bertambah kaya, yang miskin tetap melarat. Rumah kosong di Amerika terlampau banyak, sampaikan setiap geladangan di Amerika boleh dapat dua rumah seorang. Hebat tak hebat masalah ekonomi Amerika sebenarnya.
Nak mengaku atau tak, benda yang sama baru nak mula kat Malaysia. Bila ekonomi tak stabil, golongan yang moralnya tak kuat akan pilih untuk buat jenayah. Sebab? Bila buat jenayah, duit datang bergolek-golek. Rompak bank sekali dapat ratus-ratus ribu. Kerja pejabat, bulan-bulan dapat la seribu lebih, tolak hutang kereta hutang rumah beli barang anak-anak dengan makanan, tinggal lah 50 ke 100. Ramai orang terpaksa pinjam Along untuk bagi anak-anak sekolah walaupun tahu risiko kalau tak bayar hutang Along. Kenapa sanggup? Sebab anak-anak nak sekolah. Tak sekolah bukan satu pilihan, sebab sekarang ni kalau tak sekolah, takkan dapat kerja kecuali kau nak menyapu sepanjang hidup. Belanja hidup terlampau mahal sekarang. Nasik bungkus dulu siap lauk dengan dua sayur, dapat 5 ringgit. Sekarang dah naik jadi 7.50. Nak salahkan siapa? Peniaga? Dia pun tertekan nak bayar macam-macam benda. Belum anak mintak mainan.
Dalam ramai-ramai kat Malaysia ni, ada lah 10% kot yang hidup mewah. Makan kat hotel-hotel, tak pun restoran mahal-mahal. Padahal, ada orang yang bumbung terkopak, hujan basah lantai kayu berlubang kena gigit anai-anai. Sedihnya. Tapi bukan nak salahkan orang kaya.
Pemimpin kena tengok susahnya hidup rakyat. Bukan tau nak naikkan gaji sendiri. Bukan setakat pusing sana pusing sini tapi ekonomi tetap tak stabil. Nilai duit kita dah turun macam apa. Sekarang dah tak keluar dalam berita, sebab hari-hari cakap pasal jerebu. Duit kita ntah ada nilai ke tak dah. Kita tak mampu nak jadi Zimbabwe. Anak-anak kita berhak masa depan yang lagi baik. Ni aku belum bebel pasal TPPA lagi ni. Datuk Mustapa, kamu tau lagi banyak pasal benda ni. Kamu nak kami keluar ke jalan terangkan pada kamu? Bela rakyat kamu, jaga maruah negara kamu, naikkan balik ekonomi negara kamu, baru kami rasa yakin dengan kamu. Datuk Najib juga. Jangan ambil mudah hal jaga negara. Jual negara senang, tapi satu hari anak cucu kamu akan merempat macam orang miskin baru kamu menyesal.
Bila dah bengang, gini le jadinya.
Sabor.... ye dak?
Comments