Aku join something?

Assalamualaikum, hai korang!

aku ada benda nak update kat korang. baru-baru ni, aku terbukak hati nak join satu pertubuhan ni. NGO lah kiranya. nama dia Feminita. benda ni wujud sebab ada classmate aku dalam kelas kaunseling selalu consult dengan kaunselor power ni En Hairol Kamal nama dia. En Hairol ni borak-borak dengan classmate aku tu, pastu dia cakap la, kenapa you tak buat NGO? Pastu classmate aku cakap dia taktau macam mana nak buat. Sebab ye lah kan, kitorang kan student je. Mana lah terfikir nak buat NGO apa bagai. Pastu dia cakap, takpe saya boleh ajar macam mana nak buat NGO. sebab setakat ni tak ada NGO yang based untuk perempuan je kat Malaysia ni. classmate aku pun macam, cantik lah. classmate aku ni sebenarnya tak recruit aku pun. dia recruit classmate aku lagi sorang. pastu classmate yang lagi sorang ni yang recruit aku. first, aku macam nak join ke tak eh. macam skeptik sikit pun ada. ye lah, selama ni dengar NGO kat bandar-bandar je, pastu macam aku pun tak pernah ada penglibatan langsung dengan mana-mana NGO sepanjang hidup aku ni. so, i decided to take a leap of faith dan sign up jadi member. 

aku boleh cakap ni, setakat ni benda-benda yang aku join semua speed macam ribut. NGO ni masuk-masuk je terus plan buat facebook live, terus mobilize posters, terus buat support group. ko bayangkan, sebulan je terus ada support group. support group yang first kitorang buat guna zoom, ada 7 participant je. tapi, aku syukur sangat sebab klien tak berat mulut nak cerita. lega sangat sebab ada yang join. harapnya makin ramai yang join nanti. malam ni ada satu facebook live, tajuk dia hubungan toksik. pastu sabtu ni ada support group, masih guna zoom. topik yang sama dengan facebook live, hubungan toksik. 

see you guys there! btw, ni link facebook. feel free to check us out ;)

 https://www.facebook.com/FeminitaWomenFirst/

Comments

Popular posts from this blog

Well...

A little note.

No title