Catatan Ramadhan - 25 Mac 2023

 Ramadhan tahun 2023 ni aku rasa macam syahdu sikit. Entah kenapa, mungkin sebab aku dah tamat belajar. Lepas ni, aku kena dapatkan lesen praktis baru boleh dapatkan klien. Dapatkan klien = dapat duit. Sebab sekarang ni, aku tak ada duit yang aku cari sendiri. 

Teringin nak sewa premis pejabat sendiri, pampang nama sendiri kat depan pejabat, terima klien setiap hari, dan majukan perniagaan kecik kami. Harap dipermudahkan. Aku doa banyak kali pasal bisnes ni setakat berapa hari Ramadhan ni. Hari ni hari ke-3 puasa, 4 kali terawih. Kalau aku terlupa nak doa lepas solat, mesti aku doa dalam hati. 

Korang tau tak perasaan dia bila rasa macam masa depan tu tak tentu? Aku tak confirm dapat klien setiap hari, tapi aku dah tau buat masa terdekat ni aku nak pakai perpustakaan yang baru diubahsuai tu jadi tempat jumpa klien. Tempat tu cantik dan murah. RM 6.00 je sejam, mana nak dapat? Huhu.. 

Korang, sesiapa je yang baca ni, doakan aku ya. Aku takut sangat nak maju ke depan, jadi aku tau ni lah jalan yang aku patut pilih. Debar lain macam. Tapi dalam masa yang sama aku terfikir, kalau aku tak jadi siapa-siapa, dan bisnes ni melingkup. Nauzubillah. Tu lah overthinking nama dia. Fikirnya panjang, tapi langkah belum mula. 

Dan, sekiranya dalam masa terdekat ni aku jumpa orang yang baik untuk jadikan teman sehidup semati aku, aku akan terima Insya Allah. Asalkan dia faham, aku ada tanggungjawab. Aku kena jaga mak sampai bila-bila, aku kena berkhidmat kat Kuala Kubu sebab ni lah janji aku sejak ayah aku ada lagi. 

Oh, ayah. Ain rindu sangat kat ayah. Ain doakan rumah ayah luas, terang, dengan sejuk. Ain sayang sangat kat ayah. I love you ayah.

Comments

Popular posts from this blog

Well...

A little note.

No title